strawkaler

…berita dari segenap Dimensi.


Tinggalkan komen

Hari ini dalam sejarah – Nik Aziz Nik mat…..

Image

 

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau MelakaKota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran ‘Tuan Guru’ di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

-PENDIDIKAN-

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir. Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.

Beliau juga pernah belajar di:

Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa ArabUrduInggeris dan Tamil-sumber wikipidea_straw kuning

Advertisements


Tinggalkan komen

Hari ini dalam sejarah – 10 januari 1999 – Bongkah batu besar runtuh di beachy head

Image

Eastbourne (say East-born) (pronunciation (bantuan·maklumat)) adalah sebuah bandar besar dan kawasan pilihan raya bandaran East Sussex, dalam Daerah Sussex yang bersejarah, di pantai selatan England, dengan penduduk anggaran 97,992 pada 2009.[1] Kawasan ini telah melihat aktiviti manusia sejak Zaman Batu dan ia tetap menjadi salah satu perkampungan kecil hingga abad ke-19 apabila salah satu dari perkampungan desa secara beransur-ansur bergabung membentuk sebuah bandar. Dibantu oleh ketibaan keretapi pada 1849, Eastbourne menjadi sebuah tempat peranginan tepi laut Victoria perdana dan masih begitu ke hari ini.

Eastbourne terletak di hujung timur South Downs di sisinya curam Beachy Head yang masyhur. Kedudukan diredup bandar utama di belakang curam menyumbang pada judul Eastbourne sebagai tempat terpanas di Great Britain.[2]

Walaupun Eastbourne mempunyai estet-estet perdagangan industri, ia pada asasnya sebuah tempat peranginan tepi laut dan mendapatkan gaji utamanya dari pelancongan. Kemudahannya termasuk empat teater, beberapa taman, sebuah pentas pancaragam dan muzium. Fokus pekerjaan pelancongan adalah empat batu (6 km) dari pantai berpasir batu, dibaris dengan suatu hadapan laut hotel dan rumah tetamu.sumber wikipidia_straw kuning


Tinggalkan komen

Tempat paling selamat jika terjadi kiamat esok????

Image

 

Bugarach-france pekan kecil di selatan negara pernacis ini di ramalkan menjadi tumpuan dunia pada esok iaitu 21/12/2012.Menurut pihak yang percaya bahawa hari kiamat akan terjadi pada 21 dis 2012 iaitu puncak gunung pic di Bugarach akan terbelah dua atau terbuka pada hari tersebut ,dikatakan juga mahkluk asing akan melindungi manusia yang mempercayai kewujudannya .

Begitu taksubnya manusia apabila iman kosong di dada,kita perlu mempercayai bahawa kiamat itu pasti berlaku tetapi itu adalah rahsia tuhann yang maha esa jadi beramal lah munasabah diri kerana itu jalan terbaik dari menunggu tanpa berbuat apa-apa=admin_straw_kuning


Tinggalkan komen

Miss universe Malaysia

Image

Dilahirkan dan dibesarkan di Pulau Pinang, Kimberley Leggett namanya hobi adalah bersukan, melancong, makan makanan yang sedap dan menitikkan  kecergasan diri. Dia suka berjalan, dan juga pernah mewakali pulau pinang dalam acara pecut. Pada masa ini, Kimberley adalah seorang pelajar di Universiti Taylor Malaysia, dan berharap untuk ke UCLA di Amerika Syarikat.

Cantikkan beliau.dikatakan beliau adalah calon yang tak tersangka untuk merangkul mahkota miss universe….mampukah beliau !!!sama-sama kita saksikan….


Tinggalkan komen

Fenomena air pasang di kukup

Image

PONTIAN – Fenomena air pasang besar yang melanda pekan Kukup, di sini semalam, menjejaskan pergerakan orang ramai terutamanya pelancong selama dua jam.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati kebanyakan pengunjung luar terkejut melihat kejadian air pasang besar yang membawa air laut, memenuhi laluan pejalan kaki sehingga ke paras buku lali.

Kejadian air pasang besar yang hanya berlaku sekali setahun dalam tempoh tiga hari bermula kelmarin, dapat disaksikan dalam tempoh dua jam sahaja dari 11 pagi hingga 1 petang.

Fenomena itu turut menarik minat kanak-kanak untuk bermandi manda walaupun keadaan air didapati tidak bersih.

Bagi Ahmad Daud, kejadian air pasang besar yang berlaku di pekan Kukup itu adalah perkara biasa setiap kali hujung tahun. Menurutnya, penduduk dan peniaga tempatan sudah membuat persediaan awal dengan memindahkan barang ke tempat lebih tinggi sebaik sahaja dimaklumkan kejadian air pasang besar, kira-kira sebulan lalu.

“Pergerakan penduduk dan pelancong di pekan Kukup terganggu selama dua jam. Pelbagai gelagat mereka yang pertama kali merasai suasana air pasang besar dapat dilihat,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, kakitangan Terminal Feri Antarabangsa Kukup, Abd Shukor Haron berkata, perjalanan feri tetap diteruskan seperti biasa dan tidak mengalami gangguan.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai terpaksa meredah air pasang sepanjang kira-kira satu kilometer untuk terminal feri.-sumber sinar harian


Tinggalkan komen

Belgium menghidupkan kembali api kemarahan dunia

Image

Filem berjudul The Innocent Prophet: Life of Muhammad from the Point of View of an Ex-Muslim yang diarahkan oleh seorang yang murtad lagi bodoh Imran Firasat akan ditayang kan di talian tidak lama lagi.Pihak berkuasa belgium sudah meningkatkan keselamatan pada tahap yang tetinggi bagi menangkis serangan atau provokasi masyarakat muslim.Beliau telah berkerjasama dengan paderi Amerika yang membakar AL QURAN iaitu Terry Jones semoga mereka berdua hidup selamanya di neraka jahanam…amin…

Ini adalah link trailer filem http://youtu.be/q_FWONoY2S0 dalam video ini juga menunjukkan  beberapa ayat al quran yg mengalakakan keganasan…..perghhh geram nya kau nie…mari kita lihat dan jika movie nie akan berada di talian sekat dari fitnah yang amat besar ini…

ALLAH HU AKBAR…ALLAH HU AKBAR…اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ…


Tinggalkan komen

Johor Premium Outlet melalui fasa kedua

Image

 

Menjelang Disember tahun hadapan Johor Premium Outlet turut dineali sebagai JPO akan menambah 40 jenama antarabangsa dan terkemuka.Genting Simon telah melabur sejumlah RM 50 juta untuk tujuan itu,Ini menunjukan bahawa JPO akan menjadi hub membeli belah yang terkemuka di rantau ini sekali gus akan merangsang ekonomi negara bagi menarik pelancong asing ke nehara ini khususnya negeri JOHOR.

Untuk pengetahuan , JPO telah di buka hampir 12 bulan dengan keluasan 17,280 meter persegi dan mempunyai koleksi yang terkenal seperti Amani,CK,DKNY,Esprit Victoria secret dan banyak lagi jenama yang terkenal iaitu kira 80 koleksi pereka.Diskaun antara 25% – 65% akan ddiberikan kepada pelanggan setiap hari….BERBALOI KAN….hanya admin saja yang belum menjejakan kaki kesana….maklumlah orang kampung…he..he..he ok nantikan ya apabila fasa kedua nie siap…admin_straw_kuning


Tinggalkan komen

Peyimpan mohor-mohor besar diraja meninggal dunia

Image

Y.M Engku Datuk Ibrahim Bin Engku Ngah telah menghembuskan nafas terakhir di hospital selayang pada pukul 8.30 malam tadi.Allahyarham telah menggal kan seorang balu dan 6 orang anak.Selama 22 tahun allahyarham telah menyampaikan berita-berita yang gembira setiap kali hari raya atau puasa.Marilah kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau semoga roh nya di cucuri rahmat….insyaalah…

Difaham kan bahawa jasad beliau akan di semadikan di bukit kiara pada jam 11 pagi ini…

ALFATIHAH……


Tinggalkan komen

JEPUN DI GEGAR GEMPA 7.3 SKALA RITCHER

Image

Reuters) – Agensi Meteorologi Jepun telah menarik balik amaran tsunami yang dikeluarkan untuk timur laut Jepun selepas gempa bumi yang kuat yang berpusat di luar pantai  Tokyo, iaitu di timur laut Honsu sumber dari NHK

Untuk pengetahuan jepun telah mengalami gegaran 7.3 skala ritcher pada pukul 4 petang waktu malaysia.Dua orang dilaporkan cedera.

Adakah akan terjadi satu lagi peristiwa di akhir tahun 2012 nie…sama-samalah kita berdoa agar dijauhkan segala bencana – straw_kuning(admin)